Jumaat, 9 Mac 2012

Saiyidul Istighfar


اَللَّهُمَّ أَنتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ اِلاَّ أَنتَ، خَلَقتَنِي وَأَنَا عَبدُكَ وَأَناَ عَلَى عَهدِكَ وَوَعدِكَ مَا استَطَعتُ، أَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّ مَا صَنَعتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنبِي، فَاغفِر لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنتَ

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. 


Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. 


Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. 


Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. 


Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.




Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (Riwayat Imam al-Bukhari )

Program Sentuhan Nurani Pelajar Asrama 2023