Sabtu, 14 Julai 2012

Kejohanan Sukan 2012

10 Julai 2012. Kejohanan Padang dan Balapan bersama komuniti 2012 bertempat di Padang Belia Langkap. Padang tersebut digunakan kerana sekolah ketiadaan padang disebabkan padang sedia ada digunakan untuk pembinaan asrama sekolah. Kejohanan ini dirasmikan oleh YB ADUN Langkap Tuan Haji Ashaari bin Idris.

Sabtu, 7 Julai 2012

Kursus Pengurusan Jenazah 2012

2 Julai 2012, Kursus Pengurusan Jenazah ini disampaikan oleh Ustazah Jamilah binti Mat. Suatu ilmu yang amat berguna bagi kita sebagai menunaikan tuntutan Fardu Kifayah dalam Islam.


Hari Semaian Budi Tuaian Bakti 2012

21 Jun 2012, Satu majlis untuk menghargai kecemerlangan murid  telah diaadakan  iaitu "Hari Semaian Budi Tuaian Bakti". Majlis ini dirasmikan oleh En Mohd Azmi bin Nazir sebagai wakil YB Ahli Parlimen Setiu Dato' Mohd Jidin Shafee. Majlis berlangsung dari jam 2.30 hingga 5.00.


Ceramah Israk Mikraj 2012

21 Jun 2012, Ceramah Israk Mikraj disampaikan oleh Ust Che Ali Zakaria bertempat di Surau Al-Falah SMK Langkap. Majlis bermula jam 7.40 hingga 10.20. Kuiz Israk Mikraj juga dilaksanakan selepas ceramah.

Sabtu, 26 Mei 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat SMKL

Sambutan diadakan pada 16 Mei 2012.

20120516 Sambutan Hari Guru
Klik atas gambar di atas untuk melihat keseluruhan gambar.


Selasa, 1 Mei 2012

SOAL SELIDIK ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

Assalamualaikum.. Makluman kepada semua guru sila isi borang Soal Selidik Keperluan Latihan Dalam Perkhidmatan (TNA) di website http://apps.moe.gov.my/splg

Isikan juga maklumat anda jika menghadiri mana-mana kursus luar (KKL). Sekian terima kasih.

Jumaat, 9 Mac 2012

Saiyidul Istighfar


اَللَّهُمَّ أَنتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ اِلاَّ أَنتَ، خَلَقتَنِي وَأَنَا عَبدُكَ وَأَناَ عَلَى عَهدِكَ وَوَعدِكَ مَا استَطَعتُ، أَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّ مَا صَنَعتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنبِي، فَاغفِر لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنتَ

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. 


Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. 


Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. 


Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. 


Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.




Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (Riwayat Imam al-Bukhari )

Rabu, 29 Februari 2012

Doa Untuk Mengingati Pelajaran dan Untuk Berjaya


Doa Ketika Guru Masuk dan Keluar Kelas

Moga dibaca sebelum dan selepas setiap kali P&P.


Sambutan Hari Anti Dadah 2012

29 Feb 2012, 9.00am. Majlis Sambutan Hari Anti Dadah peringkat SMK Langkap akan diadakan pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan ialah:
  • Melukis poster
  • Mengarang Esei
  • Pertandingan Tulisan - Pelajar Pemulihan
  • Sajak
  • Pidato
"Ceramah Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Remaja" oleh AADK Setiu pada jam 11.30am.

Selasa, 28 Februari 2012

MTQ Peringkat Sekolah 2012

28 Feb 2012, 10.40 am.  Majlis Tilawah Al-Quran tahun ini bertemakan " Al-Quran Menjana Transformasi Ummah".

Antara acara yang telah diadakan ialah:
  • Tilawah Al-Quran
  • Hafazan
  • Syarahan Agama 
  • Nasyid
Syabas dan tahniah kepada pelajar yang menyertai pertandingan dan acara tersebut, juga setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Isnin, 20 Februari 2012

LADAP 1/2012: Pengurusan Fail

20 Feb 2012, 2.00 petang. Bengkel Pengurusan Fail telah disampaikan oleh En. Mohd Nayan bin Ibrahim, Jemaah Nazir JPNT. Semua 25 orang guru dan staf terlibat mengikuti bengkel tersebut.

Ahad, 19 Februari 2012

Majlis Penyampaian Watikah 2012

19 Feb 2012, 7.40 pagi. Majlis Penyampaian Watikah Pengawas, PRS & Pengawas Perpustakaan  dirasmikan oleh Sarjan Haji Muhamad bin Ismail, Ketua Polis Balai, Balai Polis Sungai Tong. Majlis bertempat di Dewan Wawasan SMK Langkap.


Jumaat, 17 Februari 2012

Maulidur rasul 1433H Peringkat Daerah Setiu

16 Feb 2012, 7.00pagi. Perarakan bermula dari Mini Stadium Sungai Tarom hingga ke Padang Astaka Lama Permaisuri. Perarakan ini disertai pelbagai agensi seperti pejabat kerajaan, swasta, NGO, JKKK, sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika. Tahniah kepada Kumpulan SMK Langkap kerana mendapat tempat ke 2 kategori perarakan sekolah menengah.
20120216 Maulidur Rasul

Ahad, 12 Februari 2012

Maulidur Rasul 1433H

Sambutan peringkat sekolah berlangsung pada hari Sabtu 11 Februari 2012 dengan kerjasama JKKK Kg Langkap.

Antara aktiviti semasa sambutan:
-Pertandingan Sepanduk antara rumah sukan
-Selawat
-Perarakan ke Masjid Kg Langkap
-Ceramah Maulidur Rasul oleh Ust Othman dari Pejabat Agama Setiu.

Mesyuarat Agung PIBG 2012

Mesyuarat Agung PIBG SMK Langkap kali ke VII berlangsung pada 18 Januari 2012 jam 2.00 petang. Mesyuarat dirasmikan oleh YB Haji Assha'ari bin Idris A.M.T, A.M.N, P.J.K. Adun Langkap Merangkap Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu. Sambutan ibubapa yang hadir dalam mesyuarat ini sangat menggalakkan.

Gambar boleh lihat di sini 

Antara perancangan yang dibincangkan:

Program Sentuhan Nurani Pelajar Asrama 2023