Rabu, 29 Februari 2012

Doa Untuk Mengingati Pelajaran dan Untuk Berjaya


Doa Ketika Guru Masuk dan Keluar Kelas

Moga dibaca sebelum dan selepas setiap kali P&P.


Sambutan Hari Anti Dadah 2012

29 Feb 2012, 9.00am. Majlis Sambutan Hari Anti Dadah peringkat SMK Langkap akan diadakan pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan ialah:
  • Melukis poster
  • Mengarang Esei
  • Pertandingan Tulisan - Pelajar Pemulihan
  • Sajak
  • Pidato
"Ceramah Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Remaja" oleh AADK Setiu pada jam 11.30am.

Selasa, 28 Februari 2012

MTQ Peringkat Sekolah 2012

28 Feb 2012, 10.40 am.  Majlis Tilawah Al-Quran tahun ini bertemakan " Al-Quran Menjana Transformasi Ummah".

Antara acara yang telah diadakan ialah:
  • Tilawah Al-Quran
  • Hafazan
  • Syarahan Agama 
  • Nasyid
Syabas dan tahniah kepada pelajar yang menyertai pertandingan dan acara tersebut, juga setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Isnin, 20 Februari 2012

LADAP 1/2012: Pengurusan Fail

20 Feb 2012, 2.00 petang. Bengkel Pengurusan Fail telah disampaikan oleh En. Mohd Nayan bin Ibrahim, Jemaah Nazir JPNT. Semua 25 orang guru dan staf terlibat mengikuti bengkel tersebut.

Ahad, 19 Februari 2012

Majlis Penyampaian Watikah 2012

19 Feb 2012, 7.40 pagi. Majlis Penyampaian Watikah Pengawas, PRS & Pengawas Perpustakaan  dirasmikan oleh Sarjan Haji Muhamad bin Ismail, Ketua Polis Balai, Balai Polis Sungai Tong. Majlis bertempat di Dewan Wawasan SMK Langkap.


Jumaat, 17 Februari 2012

Maulidur rasul 1433H Peringkat Daerah Setiu

16 Feb 2012, 7.00pagi. Perarakan bermula dari Mini Stadium Sungai Tarom hingga ke Padang Astaka Lama Permaisuri. Perarakan ini disertai pelbagai agensi seperti pejabat kerajaan, swasta, NGO, JKKK, sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika. Tahniah kepada Kumpulan SMK Langkap kerana mendapat tempat ke 2 kategori perarakan sekolah menengah.
20120216 Maulidur Rasul

Ahad, 12 Februari 2012

Maulidur Rasul 1433H

Sambutan peringkat sekolah berlangsung pada hari Sabtu 11 Februari 2012 dengan kerjasama JKKK Kg Langkap.

Antara aktiviti semasa sambutan:
-Pertandingan Sepanduk antara rumah sukan
-Selawat
-Perarakan ke Masjid Kg Langkap
-Ceramah Maulidur Rasul oleh Ust Othman dari Pejabat Agama Setiu.

Mesyuarat Agung PIBG 2012

Mesyuarat Agung PIBG SMK Langkap kali ke VII berlangsung pada 18 Januari 2012 jam 2.00 petang. Mesyuarat dirasmikan oleh YB Haji Assha'ari bin Idris A.M.T, A.M.N, P.J.K. Adun Langkap Merangkap Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu. Sambutan ibubapa yang hadir dalam mesyuarat ini sangat menggalakkan.

Gambar boleh lihat di sini 

Antara perancangan yang dibincangkan:

Program Sentuhan Nurani Pelajar Asrama 2023